https://www.youtube.com/watch?v=pEPT-bzzW8k
April 25, 2016 18:02 PM
6 Mei Bukan Cuti Umum Di Perak
IPOH, 25 April (Bernama) -- Tiada cuti umum di Perak pada 6 Mei depan sebagaimana yang tersebar di laman sosial baru-baru ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Beliau berkata tarikh cuti umum pada 6 Mei yang menjadi viral itu hanya berlaku tahun lalu sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah seperti yang diumum Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
"Maklumat yang telah diviralkan di laman sosial itu adalah tidak benar kerana cuti umum itu hanya pada 6 Mei tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dan menyebarkan sebarang maklumat tanpa bukti atau fakta yang sahih.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment