Friday, August 19, 2016

WARKAH UNTUK IBU BAPA ( SUMBER: VIRAL MEDIA SOSIAL )

*WARKAH GURU BESAR KEPADA IBU BAPA* Ibu bapa yang dikasihi sekalian, Anak-anak akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik. Namun, sentiasa ingat, ada di antara anak-anak itu, adalah seorang artis; yang tak perlu memahami matematik. Ada juga yang berjiwa usahawan, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris. Ada juga berkemungkinan ahli muzik, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga. Ada ahli sukan, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik. Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah. Namun jika tidak, - tolonglah jangan rampas keyakinan dan maruah diri mereka. Katakan pada mereka, tak mengapa, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, anda tetap sayangkan mereka, dan tidak menilai mereka. Sila berbuat begini dan setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia. Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka. Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini. Yang benar, Pengetua Indahnya nukilan pengetua dr MRSM JOHOR Utk para ibubapa.... sgt bermakna buat kami semua ibubapa yg sentiasa mengharapkan kejayaan yg cermerlang pd ank2.... moga ALLAH sentiasa permudahkan urusan ank2 kita utk mengadapi peperiksaan.....aamiin YRA.

No comments:

Post a Comment